Search Bar

Cara reset handphone samsung galaxy s2 & Htc

   Cara ini akan memasuki menu recovery tanpa perlu memasuki Android, dengan menekan butang tertentu semasa dihidupkan, sistem recovery diaktifkan bagi tujuan format sistem. Setiap peranti mempunyai kombinasi butang yg berbeza dan boleh dirujuk pada laman hard-reset.com


Bagi model HTC,


Tutup telefon sepenuhnya
Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (-),
Dengan masih menahan butang Volume (-), tekan butang Power
Tunggu sehingga gambar Android skateboard muncul pada skrin,
Apabila muncul lepaskan butang Volume (-)
Tekan Volume (-) bagi memilih Clear Storage (atau Factory Reset)
Tekan butang Power bagi melaksana arahan Format
Selesai dan mulakan Android seperti biasa

HTC menggunakan antaramuka Bootloader




Untuk model Samsung


Tutup telefon sepenuhnya
Tekan dan tahan (tap & hold) butang Volume (+),
Dengan masih menahan butang Volume(+), tekan butang Home serta butangPower bersama
Tunggu sehingga logo Samsung muncul pada skrin, apabila muncul lepaskan kesemua butang
Android akan masuk ke sistem Recovery dengan latar belakang gambar Android
Gunakan butang Volume dan Home sebagai navigasi menu,
Info: Volume(+) = Atas ; Volume(-) Bawah ; Home=Laksana arahan
Pilih Wipe Data / Factory Reset
Selesai dan mulakan Android seperti biasa




Samsung menggunakan Android System Recovery 



Proses format mengambil masa 2-5 minit. Tunggu dan perhatikan proses yg berlaku. Jika terdapat masalah semasa proses format ulangi semula kombinasi butang sehingga berjaya. Melakukan proses Format adalah selamat dan tiada risiko merosakkan sistem OS Android.



Post a Comment

0 Comments